Saturday, October 30, 2010

My KONTOT @ BONCHET


Meet Kontot @ Bonchet, our most adorable cat ever....



He came to us (my hubby and I) during breakfast at the nearby restaurant on one fine December morning last year. We decided to bring him home when the restaurant owner said that the little cute cat does not belong to her.

Everybody in the family loves cat and so they name him Kontot due to his short tail!! Soon my daughter, Iman search over the internet and found out that he belongs to the Manx Cat family. He runs more like a hop than a stripe which resembles a rabbit more than a cat.



He can sleep for hours no matter during the day or night.... and that makes him fat faster!! That's how he got his other name Bonchet. He can sleeps through the night in my children's bed. The only cat we ever have that is being permitted to sleep with us because he behaves well.



P.S. : Bonchet says Hi darling to Angelina..... meow....

Friday, September 24, 2010

Depression @ Kemurungan

andai sesiapa mempunyai teman atau ahli keluarga mengatakan bahawa dia ingin membunuh diri, maka ambillah kata-katanya itu dengan serius. jangan dibiarkan teman atau saudara anda itu bersendirian melayan lara hatinya itu. kerana ianya mungkin tanda2 yang beliau menghidapi kemurungan dan perlu dibantu..... percayalah...

kunukilkan kisahku ini buat peringatan kepada diriku sendiri dan juga semua....

Mac 2009, itulah permulaannya.....

kenapakah diriku sering terjaga setiap jam ketika tidur di malam hari.... amat susah untuk melelapkan mata semula setiap kali terjaga. puas kupusingkan badan ke kanan dan kiri, namun mataku tidak mahu lena.... manakala badan rasa terlalu penat pada keesokan harinya lantaran kekurangan tidur malam. namun aku tidak rasa mengantuk pada sebelah siang.... selalunya apabila jam telah menunjukkan pukul 4 pagi, aku akan terus bangun dari katil dan mulakan aktiviti harian, iaitu menggosok baju atau mengemaskan pinggan-mangkuk sementara menunggu kehadiran waktu subuh.

setiap kerja yang kulakukan amat payah untuk disiapkan. untuk memasak satu jenis lauk memakan masa 3 jam. sedangkan kebiasaannya 3 jam itu cukup untuk menyediakan hidangan lengkap makan tengahari.... ada protein & sayuran! adakalanya sampai 4 jenis makanan dapat disediakan dalam masa 3 jam.

manakala perasaan sayu dan sedih datang tanpa dipinta.... kalau bahasa saintifiknya mood swing. puas memikirkan, namun rasa-rasanya tidak ada apa yang perlu disedihkan.... anak-anakku semuanya tidak mendatangkan masalah kepadaku.

ada ketikanya terlintas di fikiran untuk membunuh diri. cepat2 aku mengucapkan 'astaghfirullahalazim' berulangkali. kenapakah benak ini berfikiran demikian? 'ingat, dirimu seorang muslim! kau akan jadi murtad tau!', suara hatiku mengetus sendirian. 'anak2mu masih memerlukan kasih sayangmu!', bisik hatiku lagi.

setelah keadaan berlarutan lebih dua minggu, aku mengirimkan sms kepada adik bongsuku yang merupakan seorang pakar bius. memberitahunya keadaanku dan bertanyakan adakah ianya tanda-tanda kemurungan. jawapan dari adikku: go to the doctor immediately!

lantas kerja rumah kutinggalkan dan terus menemui doktor muslimah yang sememangnya sering kutemui ketika sakit. kuceritakan masalah yang kuhadapi satu persatu, manakala beliau mendengar dengan bersungguh-sungguh.... akhirnya beliau bersuara, 'akak ni kemurungan', sambil menghulurkan tisu kepadaku untuk mengesat airmata. 'syukur alhamdulillah, akak masih ingatkan Allah.... 'tetapi saya tak boleh bagi akak ubat tidur. akak jumpa doktor pakar ya?' lalu menulis surat rujukan.

keesokan harinya aku menemui doktor pakar. seorang doktor wanita yang hampir sebaya denganku... segala-galanya kuceritakan kepadanya. dan juga kisah doktor pakar sakit puan yang telah mengarahkanku mengambil Amitriptyline ketika aku menemuinya pada tahun 2004 untuk masalah tidak boleh tidur malam, hot flashes dan mood swing. ketika itu beliau mengatakan bahawa mungkin aku mengalami perimenopause. namun sehingga hari itu, aku masih belum lagi mengalami tanda-tanda awal menopause!

akhirnya aku balik berbekalkan Stilnox iaitu ubat tidur untuk 3 hari dan juga Amitriptyline!




Saturday, September 11, 2010

OA?

"OA?" "apa OA tu?" "Osteoarthritis?"

itulah soalan yang sering kuterima apabila menyatakan perihal penyakitku ini. yalah, penyakit ni tak se glamour darah tinggi, kencing manis (diabetes) atau lemah jantung. malah keluargaku (termasuk suamiku) sendiri tidak faham mengenai penyakit ini!! puaslah kuterangkan akan perihal penyakitku ini. lagipun, seperti kata Dr Lim (doktor pakar tulang yang merawatku) penyakit ini sebenarnya adalah penyakit orang tua! apa yang dimaksudkan olehnya ialah mereka yang berumur 60 ke atas..... sebaik sahaja balik dari pertama kali berjumpa Dr Lim, aku terus search dari Wikipedia akan penyakitku ini. inilah hasilnya.....

Osteoarthritis (OA) also known as degenerative arthritis or degenerative joint disease, is a group of mechanical abnormalities involving degradation of joints,[1] including articular cartilage andsubchondral bone. Symptoms may include joint pain, tenderness, stiffness, locking, and sometimes an effusion. A variety of causes—hereditary, developmental, metabolic, and mechanical—may initiate processes leading to loss of cartilage. When bone surfaces become less well protected by cartilage, bone may be exposed and damaged. As a result of decreased movement secondary to pain, regional muscles may atrophy, and ligaments may become more lax.

tapi bila sahabat-sahabat dan makcik-makcik bertanya, maka aku harus menerangkannya dalam bahasa yang mereka mudah faham. puaslah terangkan yang penyakit i ni sebab pelincir/tulang rawan dah kurang, radang sendilah, dll. sampai makcikku berkata, " kau tu dulu masa anak kecik-kecik mana ada rehat." kadang-kadang tu rasanya macam ada betulnya kata-katanya itu. ada yang kata penyakit ni penyakit keturunan. kebetulan arwah emakku dulu pun ada masalah sakit tulang... entahlah. yang nyata, Allah SWT sememangnya mendugaku. samada aku redha atau tidak. mungkin juga Allah ingin mengampuni dosa-dosaku .....

pada awalnya, terasa malu juga apabila ada yang memandangku dengan seribu pertanyaan akan ketidakupayaanku. mungkin mereka hairan memandangkan aku tidaklah tua sangat untuk duduk solat di kerusi. semasa solat sunat aidil fitri tahun lalu, semua yang bersalaman denganku bertanyakan akan keadaanku ketika itu, memandangkan aku adalah yang paling muda solat duduk di kalangan mereka. dan solat sunat adil fitri tahun ini, tiada siapa yang bertanya lagi. mereka telah sedia maklum ..... perasaan malu itu kubuang jauh-jauh, dan setelah setahun aku telah biasa dengan pandangan yang penuh dengan pertanyaan itu. pedulikan apa orang kata, kerana sesungguhnya Allah Maha Mengetahui....

dan sekarang, suami dan anak-anakku telah faham akan penyakitku ini..... Alhamdulillah.

Thursday, September 9, 2010

Setahun yang Lalu

28 Ramadhan 1431, genap setahun Hijrah aku solat duduk di kerusi!! tarikh yang tidak dapat kulupakan setahun yang lalu. pada malam 28 Ramadhan 1430, aku mengalami kesakitan di bahagian bawah tulang belakangku setiap kali hendak bangun dari sujud...... rasa seperti hendak putus!! bukan kemahuanku, tetapi telah ditakdirkan hidupku begini. adakalanya terasa malu apabila makcik-makcik yang lebih senior dariku masih boleh solat seperti orang lain....

pada awal Ramadhan tahun lalu, aku telah disahkan menghidapi Osteoarthritis (radang sendi). ketika itu kesakitan yang kurasakan cuma pada peha kananku dan juga sendi punggung tersebut. sakitnya berterusan lebih-lebih lagi ketika duduk dan memandu. sejak itu, urusan rumahtangga yang mudah menjadi susah buatku. memasak yang suatu masa dahulu mudah dan menjadi kegemaranku, tidak dapat kulakukan lagi dengan mudah... malah diriku menghadapi kesulitan ketika hendak menyarung seluar, apatah lagi menyarung setokin!!

dan pada 29 September 2009, aku telah menjalani Bone Scan di Nuclear Medicine Centre, The National Cancer Society of Malaysia. saat menantikan keputusanku, aku diarahkan menjalani semula ujian tersebut sekali lagi. hati ini semakin tertanya-tanya, apakah aku menghidapi sesuatu yang serius. air mata mengalir ketika aku berbaring di scanning table. teringatkan anak-anak yang masih memerlukan kasih-sayangku. hasil ujian tersebut menunjukkan hampir semua sendi-sendi pada tubuhku mengalami arthritis! dan juga tulang belakang di bahagian bawah abdomen di kenali sebagai L4 & L5 mengalami degenarative arthritis yang agak serius menyebabkan kesakitan yang kurasakan itu. alhamdulillah, ianya bukan cancer. namun ianya menyebabkan diri ini tidak boleh berdiri atau duduk terlalu lama.

keputusan tersebut kuterima dengan hati yang redha. Ya Allah, aku terima ujianMu ini. namun berikanlah aku kekuatan untuk meneruskan kehidupanku dengan penyakit yang kualami ini....
berikanlah aku kekuatan untuk terus beribadah kepadaMu tanpa rasa jemu....