Friday, September 24, 2010

Depression @ Kemurungan

andai sesiapa mempunyai teman atau ahli keluarga mengatakan bahawa dia ingin membunuh diri, maka ambillah kata-katanya itu dengan serius. jangan dibiarkan teman atau saudara anda itu bersendirian melayan lara hatinya itu. kerana ianya mungkin tanda2 yang beliau menghidapi kemurungan dan perlu dibantu..... percayalah...

kunukilkan kisahku ini buat peringatan kepada diriku sendiri dan juga semua....

Mac 2009, itulah permulaannya.....

kenapakah diriku sering terjaga setiap jam ketika tidur di malam hari.... amat susah untuk melelapkan mata semula setiap kali terjaga. puas kupusingkan badan ke kanan dan kiri, namun mataku tidak mahu lena.... manakala badan rasa terlalu penat pada keesokan harinya lantaran kekurangan tidur malam. namun aku tidak rasa mengantuk pada sebelah siang.... selalunya apabila jam telah menunjukkan pukul 4 pagi, aku akan terus bangun dari katil dan mulakan aktiviti harian, iaitu menggosok baju atau mengemaskan pinggan-mangkuk sementara menunggu kehadiran waktu subuh.

setiap kerja yang kulakukan amat payah untuk disiapkan. untuk memasak satu jenis lauk memakan masa 3 jam. sedangkan kebiasaannya 3 jam itu cukup untuk menyediakan hidangan lengkap makan tengahari.... ada protein & sayuran! adakalanya sampai 4 jenis makanan dapat disediakan dalam masa 3 jam.

manakala perasaan sayu dan sedih datang tanpa dipinta.... kalau bahasa saintifiknya mood swing. puas memikirkan, namun rasa-rasanya tidak ada apa yang perlu disedihkan.... anak-anakku semuanya tidak mendatangkan masalah kepadaku.

ada ketikanya terlintas di fikiran untuk membunuh diri. cepat2 aku mengucapkan 'astaghfirullahalazim' berulangkali. kenapakah benak ini berfikiran demikian? 'ingat, dirimu seorang muslim! kau akan jadi murtad tau!', suara hatiku mengetus sendirian. 'anak2mu masih memerlukan kasih sayangmu!', bisik hatiku lagi.

setelah keadaan berlarutan lebih dua minggu, aku mengirimkan sms kepada adik bongsuku yang merupakan seorang pakar bius. memberitahunya keadaanku dan bertanyakan adakah ianya tanda-tanda kemurungan. jawapan dari adikku: go to the doctor immediately!

lantas kerja rumah kutinggalkan dan terus menemui doktor muslimah yang sememangnya sering kutemui ketika sakit. kuceritakan masalah yang kuhadapi satu persatu, manakala beliau mendengar dengan bersungguh-sungguh.... akhirnya beliau bersuara, 'akak ni kemurungan', sambil menghulurkan tisu kepadaku untuk mengesat airmata. 'syukur alhamdulillah, akak masih ingatkan Allah.... 'tetapi saya tak boleh bagi akak ubat tidur. akak jumpa doktor pakar ya?' lalu menulis surat rujukan.

keesokan harinya aku menemui doktor pakar. seorang doktor wanita yang hampir sebaya denganku... segala-galanya kuceritakan kepadanya. dan juga kisah doktor pakar sakit puan yang telah mengarahkanku mengambil Amitriptyline ketika aku menemuinya pada tahun 2004 untuk masalah tidak boleh tidur malam, hot flashes dan mood swing. ketika itu beliau mengatakan bahawa mungkin aku mengalami perimenopause. namun sehingga hari itu, aku masih belum lagi mengalami tanda-tanda awal menopause!

akhirnya aku balik berbekalkan Stilnox iaitu ubat tidur untuk 3 hari dan juga Amitriptyline!




4 comments:

  1. SubhanAllah Maz, syukurlah you are still here today.
    Yup, depression is REAL and it is not something to be ignored.
    Ramai org sangka bukan2 tentang pesakit depression walhal mereka tak tahu apa2, tin kosong yg suka berbunyi menyakitkan hati dan menyusahkan org lain.

    I feel so blessed knowing you and alhamdulillah again kepada Yg Berkuasa kita dipertemukan.

    Take care ya? n keep blogging!

    ReplyDelete
  2. thanks for stopping by Kak Intan.

    it has been a year and half, and alhamdulillah i manage to get out of it. tapi disebabkan dah biasa, adakalanya i boleh rasa when it's coming... bila dah macam tu, i know that i've to increase the dose again...

    it's true that some people don't really understand it. it's better for them to stay silence instead of being tin kosong!

    nice knowing you too, even though we don't really know each other when we were in college.

    have to learn some more from you about blogging.. thanks for your support Kak Intan.

    ReplyDelete
  3. salam kak maz
    from tinnitus to depression!kak!plz take good care of yourself okay!

    ReplyDelete
  4. waalaikumsalam Rose

    thanks for stopping by. yes from tinnitus to depression. and now to OA. but i take it as ujian Allah. untuk selalu mengingati Allah dan juga kerana dosa-dosa yang telah dilakukan...

    ReplyDelete